}
6982f130ae6a195e3a565419c0486606

16 Mei 2012

Kisah Kucing dan Islam 2

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aishah RA semangkuk bubur . Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah RA, ternyata Aisyah RA sedang solat . Lalu , ia memberikan isyarat untuk meletaknya . Sayangnya,setelah Aisyah RA selesai menunaikan solat, ia lupa pada buburnya . Datanglah seekor kucing ,lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika dia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah RA lalu membersihkan bahgian yang di sentuh kucing , dan lalu Aisyah RA memakan bubur tersebut..Rasulullah SAW bersabda , " Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.'' Aisyah RA pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [ Hadis Riwayat AL Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al Daruquthni].
Hadis ini di riwayatkan dari Malik, Ahmad dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang ,dimana peluh,bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd Al-Rahman Ibn Sakhr Al-Azdi sebagai ''Abu Hurairah" yang bererti 'Bapa anak-anak kucing' kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing..

Manakala menurut riwayat Hadis Nabi di dalam Sahih Bukhari menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing tersebut di dalam sangkar dan tidak memberikan kucing tersebut makanan dan minuman . Maka wanita itu di hukum oleh Allah S.W.T dengan buruk atas perbuatan wanita itu....


i♥my cats!!!




edited by mama
Ini Blog Mama yang punya Copyright 2012