}
6982f130ae6a195e3a565419c0486606

27 Mei 2012

_Selsema kucing_

Kucing sangat mudah terkena selsema...terutama pada anak kucing dan kucing yang belum menerima vaksin..malah selsema pada kucing ini juga sebenarnya mudah sekali berjangkit kepada kucing2 yang lain.. Penyakit ini jarang menyebabkan kematian kepada kucing2 dewasa tetapi sebaliknya jika ia berlaku pada anak kucing...kerana anak kucing mempunyai imun yang masih lemah... gejala seperti kerap bersin dan hidung berair dapat di lihat pada kucing yang terkena selsema...selain tahi mata yang berlebihan dituruti demam .. kadang2 kucing yang mempunyai selsema kucing ini mempunyai gejala biasa seperti kerap bersin /batuk... dan gejala itu berlarutan ..jangan biarkan ia terlalu lama untuk di bawa ke veterinar .

Selsema kucing merupakan penyakit kucing yang di sebabkan oleh virus feline herpesvirus , calicivirus , felin chlamydiosis , feline mycoplasma dan bakteria bordetella ... virus tersebut tidak menjangkiti manusia .

Seperti juga selsema pada manusia , ia berjangkit melalui air liur , cecair bersin dr kucing yang di jangkiti virus ini dan juga melalui bekas makanan & minuman yang tidak bersih ..Penyakit ini sememangnya boleh di elakkan dengan menjaga kebersihan kucing dan tempat tidur,makan dan minum nya sentiasa bersih .. serta di cegah dari cara mengasingkan sementara kucing2 yang telah di jangkiti virus ini atau kucing yg selsema daripada kucing2 yang lain agar ia tidak merebak/bejangkit pada kucing yg sihat..
Penyakit ini juga boleh di elak dengan memastikan kucing diberikan vaksin .

kucing yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini adalah kucing yang sering berada di luar rumah , malah tempat2 khas untuk kucing seperti boarding juga mempunyai risiko untuk kucing mendapat jangkitan.

Tetapi jika kucing mengalami stress juga boleh selsema . Stress contohnya selepas pembedahan/rawatan yg menganggu ketenangan nya , baru berpindah ke tempat baru atau stress bila terdapat kucing lain di rumah..

Memang pada awalnya kucing yang mempunyai selsema ini tidak lah teruk atau memberi kesan yang berbahaya tetapi jika ia melarat/kronik kucing perlu di bawa ke veterinar...

Kucing yang mempunyai selsema teruk atau kronik selalunya mempunyai tanda2 seperti kurang selera makan ini kerana kucing yang sedang mengalami kesakitan/penyakit selalunya terganggu hingga selera makan nya kurang...
Tanda seperti bernafas dengan mulut terbuka...di sebabkan saluran pernafasan kucing dari hidung telah tersumbat sepenuhnya...
Demam/suhu badan kucing panas . (suhu normal bagi kucing ialah 38.5 - 39.2 celcius )


Oleh itu kucing perlu mendapatkan vaksin dan jika dijangkiti kucing perlu mendapat rawatan di veterinar...










Shampoo untuk kucing berkutu...



Blackwood Kitten


RC Kitten 36


Info Permakanan Kucing

Kucing yang sihat memerlukan makanan asasnya iatu makanan yg berkhasiat dan makanan berasas kan dari daging semata2 bukanlah diet yang sesuai untuk kucing yg merupakan haiwan karnivor...Kucing lumrahnya bersifat memburu dan memakan tikus iatu haiwan herbivor...dan pada masa yg sama kucing juga mendapat sumber berasaskan tumbuhan dari perut tikus yg belum dihadam...kadang2 kucing memakan rumput2 sebagai alternatif nya untuk mengeluarkan hairball yg banyak terhasil dari menjilat/membersihkan bulu ,dengan cara memuntahkan hairball tersebut..rumput juga di katakan adalah 'ubat' untuk kucing..Dan makanan kucing yang banyak dijual dipasaran sekarang adalah makanan seimbang yang sudah tersedia mengikut keperluan diet kucing ..Makanan yang sesuai amat penting untuk kesihatan dan tumbesaran kucing..

Seekor kucing dewasa memerlukan secara puratanya 50 kalori per 450 gram dari berat badan nya...dan kucing yg aktif mermerlukan pada kadar lebih ... Juga amat penting untuk mengetahui berat badan kucing dan tahap kesihatannya dengan sering menjalani pemeriksaan di klinik veterinar yang terbaik bagi mendapat nasihat doktor2 veterinar tentang permakanan dan diet yg baik untuk kucing..

Kucing adalah haiwan yg berdikari kerana ia akan mencari makanan nya sendiri bila lapar biarpun bukan waktu makan nya..
Kucing memerlukan protein kerana ia adalah sumber makanan yang penting baginya...

Makanan kucing dari produk yang berkos tinggi juga tidak semestinya terbaik untuk kucing.. kerana apa yang penting di dalam makanan untuk seekor kucing adalah kandungan makanan dan zat makanan yang baik untuk kesihatan kucing..

Taurine amat penting untuk mata kucing dan jantungnya... Taurine juga terdapat di dalam kebanyakan produk makanan kucing yang berada di pasaran..

Jenis2 zat dan kandungan makanan kucing yang ada di pasaran dan perlu di baca sebelum membuat pemilihan produk makanan yang terbaik dan sesuai untuk kucing..

Ethoxyquin  sejenis bahan awet yang di gunakan untuk mengelak makanan rosak.
BHA             Butylated Hydroxy Anisole iaitu bahan awet lemak
Tocopherols    sejenis bahan awet semulajadi (example: vit E)
Soybean Meal saki baki soya dalam proses pembuatan minyak soya
Rice / Browned rice  baki dari proses pengasingan gred beras di kilang dan digunakan dalam proses  
                                 makanan ternakan juga...
Ground Corn   jagung yang di proses untuk menghasilkan makanan kucing
Corn Gluten Meal  adalah sisa jagung yang terhasil dalam pemprosesan produk jagung/sirap jagung
Poultry by products  berkaitan daging ayam/itik/burung tetapi juga baki bahagian yg tidak boleh digunaka 
                                lagi.
Fish Meal    sumber berasaskan ikan secara keseluruhan ikan atau pun daging yang telah di asingkan.
Meat by products   bermaksud BUKAN dari sumber utama daging yang daging nya di proses untuk
                               produk lain dan ini adalah sisa dari proses tersebut.
Meat           daging sebenar yang di proses dari sumber daging (ayam/ayam turkey/daging lembu/kambing)



edited&create by mama
Ini Blog Mama yang punya Copyright 2012