}
6982f130ae6a195e3a565419c0486606

06 Jun 2012

MAMA!..sharing,caring,loving Welcome to Blog

MAMA!..sharing,caring,loving Welcome to Blog

Panduan Penjagaan Kesihatan Kucing

Sesiapapun mahukan kesihatan yang baik , begitu juga dengan kucing .. Selain tempat tinggal serta makan dan minum , kesihatan yang baik juga amat di perlukan oleh kucing dan yang amat di mahukan oleh pemilik kucing ... Ada berberapa panduan penjagaan kucing yang turut mempegaruhi kesihatan kucing mungkin dapat membantu untuk menjaga kesihatan kucing .

Pastikan kucing mendapat vaksin yang diperlukan/sesuai untuk kucing mengikut umur/nasihat vet .. Jangan berikan apa yang tidak diperlukan nya seperti vaksin leukimia kucing untuk kucing berumur dua tahun keatas  
jika berumur bawah dua tahun . Tapi veterinar yang ada sekarang adalah yang terbaik kerana sudah pasti mereka akan memberikan khidmat rundingan/consultant mengenai kucing . Kegagalan memberikan vaksin pada kucing serta memberikan vaksin berlebihan tanpa mengikut saranan vet kesannya adalah sama buruk ..Anak kucing juga memerlukan vaksin oleh kerana imunnya yang masih tidak kuat .

Kucing yang dibiarkan bebas diluar rumah/kawasan , pastikan ia sudah diberikan dewormed secara rutin setiap 3-4  bulan  .. Ini bukan saja melindungi kucing , malah pemilik kucing dari zoonatic disease .


Pastikan sumber air yang diberikan kepada kucing adalah bersih . Menukar air minuman kucing dan memastikan air tidak kotor/berhabuk di dalam bekas minuman . Kucing yang kurang minum air juga boleh  mengalami gangguan kencing . Untuk memastikan kucing sentiasa minum air secukupnya , letakkan bekas atau tempat minuman bersebelahan/berhampiran bekas atau tempat makanan . Letak di tempat yang mudah dilihat . Kucing mungkin tidak dapat mencari/mengesan air seperti mencari makanan , kerana air tidak dapat di hidu . Ia akan minum bila di depan mata/senang di jumpa atau tersentuh .. kadang2 ia minum apa saja air yang ada contohnya air paip, menjilat lantai yang basah ,air tertumpah dan lain2 yang kotor dan membahayakan kucing . Melainkan kucing yang di letakkan dalam cage , air&makanan tersedia dalam cage tersebut .

Kebersihan gigi kucing juga perlu diberi perhatian sekali sekala . Periksa gigi dan kawasan gusi mulut kucing untuk memastikan tiada luka . Jika kucing mula kurang makan ,  walaupun ia menghidu2 makanan tersebut namun hanya menjamah sedikit atau langsung tidak , mungkin kawasan mulutnya terdapat luka atau tanda2 pada penyakit yang lain . Terus ke veterinar untuk di periksa . Bagi menjaga gigi kucing  serta mulut tidak berbau , berikan dryfoood  yang boleh membersihkan gigi & mulut berbau . Terlalu kerap memberikan wetfood/makanan yang di sediakan sendiri  juga akan membuatkan mulut kucing berbau . Periodontal disease boleh membawa kepada penyakit jantung dan buah pinggang .

Hairball terhasil dari proses membersihkan/menjilat bulu secara rutin seekor kucing . Hairball yang di telan akan keluar bersama najis kucing ( Kalau diperhatikan kucing suka makan rumput dan selepas itu kucing akan muntahkan semula , rumput di katakan ubat pada kucing .. kerana terdapat hairball pada muntah kucing..) Jika kucing kerap menjilat bulu , ia mungkin menghasilkan hairballs yang banyak yang mungkin menyumbat saluran pencernaan kucing . Sering memandikan kucing , membersihkan bulu atau jika kucing mengalami masalah bulu gugur , dapatkan  rawatan . Bahaya untuk kita jika kita kerap mencium/memeluk kucing yang bulunya mudah gugur kerana bulu kucing mudah masuk melalui mulut serta hidung ketika kita mencium/memeluk kucing ...


Jangan membiarkan kucing mempunyai lemak yang berlebihan . Jangan dekatkan kucing kepada risiko kencing manis dan obesiti hanya kerana kita mahu kucing lebih gemuk dan comel . Mengawal keseimbangan diet pemakanan seharian kucing adalah penting untuk memastikan kucing sihat .


Sediakan alat permainan khas untuk kucing yang mudah di dapati petshop . Ini bagi mengekalkan kucing yang aktif dan juga satu cara senaman buat kucing .. Melihat gelagat kucing yang sedang aktif bermain,mengejar atau mengigit , mampu mencipta 'mood' gembira dan ketawa ..  kucing adalah haiwan peliharaan yang dapat hilangkan stress,penat atau marah ...


Inginkan info-info atau maklumat tentang / penjagaan kucing ..? Cubalah join forum-forum berkenaan haiwan peliharaan untuk bertanya ataupun sekadar berkongsi cerita .


Jangan membiarkan kucing pergi atau bermain jauh dari kawasan rumah , yang mungkin kucing terdedah kepada bahaya di luar sana .. anjing ataupun kenderaan .


Kucing kencing atau membuang sesuka hati ? Jika telah menyediakan litter box untuk kucing tapi kucing kencing atau membuang merata tempat ...Mungkin perlukan kekerapan untuk membasuh/menganti litterbox kerana kucing memerlukan keselesaan dan privacy ketika di toilet nya . So kalau kotor , kucing akan cari port/tempat lebih selesa untuk masa2 privacy nya


Berikan sekurang-kurangnya 15minit untuk saat bersama kucing setiap hari....untuk mengekalkan kemesraan .


Membuat veterinar check up untuk kucing .
Ini Blog Mama yang punya Copyright 2012