}
6982f130ae6a195e3a565419c0486606

28 Mei 2012

Heartworm

Cacing jantung (heartworm) atau dikenali dirofilaria immitis merupakan penyakit yang serius bagi kucing dan anjing yang juga membawa maut jika ianya tidak dirawat... Cacing yang di sebar melalui vektor nyamuk Anopheles , tinggal di dalam arteri pulmonari menyebabkan kerosakan pada jantung dan paru-paru....



27 Mei 2012

_Selsema kucing_

Kucing sangat mudah terkena selsema...terutama pada anak kucing dan kucing yang belum menerima vaksin..malah selsema pada kucing ini juga sebenarnya mudah sekali berjangkit kepada kucing2 yang lain.. Penyakit ini jarang menyebabkan kematian kepada kucing2 dewasa tetapi sebaliknya jika ia berlaku pada anak kucing...kerana anak kucing mempunyai imun yang masih lemah... gejala seperti kerap bersin dan hidung berair dapat di lihat pada kucing yang terkena selsema...selain tahi mata yang berlebihan dituruti demam .. kadang2 kucing yang mempunyai selsema kucing ini mempunyai gejala biasa seperti kerap bersin /batuk... dan gejala itu berlarutan ..jangan biarkan ia terlalu lama untuk di bawa ke veterinar .

Selsema kucing merupakan penyakit kucing yang di sebabkan oleh virus feline herpesvirus , calicivirus , felin chlamydiosis , feline mycoplasma dan bakteria bordetella ... virus tersebut tidak menjangkiti manusia .

Seperti juga selsema pada manusia , ia berjangkit melalui air liur , cecair bersin dr kucing yang di jangkiti virus ini dan juga melalui bekas makanan & minuman yang tidak bersih ..Penyakit ini sememangnya boleh di elakkan dengan menjaga kebersihan kucing dan tempat tidur,makan dan minum nya sentiasa bersih .. serta di cegah dari cara mengasingkan sementara kucing2 yang telah di jangkiti virus ini atau kucing yg selsema daripada kucing2 yang lain agar ia tidak merebak/bejangkit pada kucing yg sihat..
Penyakit ini juga boleh di elak dengan memastikan kucing diberikan vaksin .

kucing yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini adalah kucing yang sering berada di luar rumah , malah tempat2 khas untuk kucing seperti boarding juga mempunyai risiko untuk kucing mendapat jangkitan.

Tetapi jika kucing mengalami stress juga boleh selsema . Stress contohnya selepas pembedahan/rawatan yg menganggu ketenangan nya , baru berpindah ke tempat baru atau stress bila terdapat kucing lain di rumah..

Memang pada awalnya kucing yang mempunyai selsema ini tidak lah teruk atau memberi kesan yang berbahaya tetapi jika ia melarat/kronik kucing perlu di bawa ke veterinar...

Kucing yang mempunyai selsema teruk atau kronik selalunya mempunyai tanda2 seperti kurang selera makan ini kerana kucing yang sedang mengalami kesakitan/penyakit selalunya terganggu hingga selera makan nya kurang...
Tanda seperti bernafas dengan mulut terbuka...di sebabkan saluran pernafasan kucing dari hidung telah tersumbat sepenuhnya...
Demam/suhu badan kucing panas . (suhu normal bagi kucing ialah 38.5 - 39.2 celcius )


Oleh itu kucing perlu mendapatkan vaksin dan jika dijangkiti kucing perlu mendapat rawatan di veterinar...










Shampoo untuk kucing berkutu...



Blackwood Kitten


RC Kitten 36


Info Permakanan Kucing

Kucing yang sihat memerlukan makanan asasnya iatu makanan yg berkhasiat dan makanan berasas kan dari daging semata2 bukanlah diet yang sesuai untuk kucing yg merupakan haiwan karnivor...Kucing lumrahnya bersifat memburu dan memakan tikus iatu haiwan herbivor...dan pada masa yg sama kucing juga mendapat sumber berasaskan tumbuhan dari perut tikus yg belum dihadam...kadang2 kucing memakan rumput2 sebagai alternatif nya untuk mengeluarkan hairball yg banyak terhasil dari menjilat/membersihkan bulu ,dengan cara memuntahkan hairball tersebut..rumput juga di katakan adalah 'ubat' untuk kucing..Dan makanan kucing yang banyak dijual dipasaran sekarang adalah makanan seimbang yang sudah tersedia mengikut keperluan diet kucing ..Makanan yang sesuai amat penting untuk kesihatan dan tumbesaran kucing..

Seekor kucing dewasa memerlukan secara puratanya 50 kalori per 450 gram dari berat badan nya...dan kucing yg aktif mermerlukan pada kadar lebih ... Juga amat penting untuk mengetahui berat badan kucing dan tahap kesihatannya dengan sering menjalani pemeriksaan di klinik veterinar yang terbaik bagi mendapat nasihat doktor2 veterinar tentang permakanan dan diet yg baik untuk kucing..

Kucing adalah haiwan yg berdikari kerana ia akan mencari makanan nya sendiri bila lapar biarpun bukan waktu makan nya..
Kucing memerlukan protein kerana ia adalah sumber makanan yang penting baginya...

Makanan kucing dari produk yang berkos tinggi juga tidak semestinya terbaik untuk kucing.. kerana apa yang penting di dalam makanan untuk seekor kucing adalah kandungan makanan dan zat makanan yang baik untuk kesihatan kucing..

Taurine amat penting untuk mata kucing dan jantungnya... Taurine juga terdapat di dalam kebanyakan produk makanan kucing yang berada di pasaran..

Jenis2 zat dan kandungan makanan kucing yang ada di pasaran dan perlu di baca sebelum membuat pemilihan produk makanan yang terbaik dan sesuai untuk kucing..

Ethoxyquin  sejenis bahan awet yang di gunakan untuk mengelak makanan rosak.
BHA             Butylated Hydroxy Anisole iaitu bahan awet lemak
Tocopherols    sejenis bahan awet semulajadi (example: vit E)
Soybean Meal saki baki soya dalam proses pembuatan minyak soya
Rice / Browned rice  baki dari proses pengasingan gred beras di kilang dan digunakan dalam proses  
                                 makanan ternakan juga...
Ground Corn   jagung yang di proses untuk menghasilkan makanan kucing
Corn Gluten Meal  adalah sisa jagung yang terhasil dalam pemprosesan produk jagung/sirap jagung
Poultry by products  berkaitan daging ayam/itik/burung tetapi juga baki bahagian yg tidak boleh digunaka 
                                lagi.
Fish Meal    sumber berasaskan ikan secara keseluruhan ikan atau pun daging yang telah di asingkan.
Meat by products   bermaksud BUKAN dari sumber utama daging yang daging nya di proses untuk
                               produk lain dan ini adalah sisa dari proses tersebut.
Meat           daging sebenar yang di proses dari sumber daging (ayam/ayam turkey/daging lembu/kambing)



edited&create by mama

26 Mei 2012

Zat dan khasiat yg diperlukan kucing

Kucing memerlukan 5 zat khasiat untuk keperluan di dalam diet nya.....
1) Protein
2) Vitamin
3) Mineral
4) Karbohirat
5) Lemak


PROTEIN :
menghasilkan asid amino diperlukan bagi memulihkan tisunya yg telah rosak.
Diperlukan untuk tumbesarannya...selain sebagai satu sumber tenaganya..
Kucing menggunakan 95% protein yg dimakannya dan semasa proses penghadamannya
 dan 5% dibuang melalui najis....

VITAMIN dan MINERAL :
vitamin A,D,E,B dan K adalah vitamin yg diperlukan oleh kuciing didalam diet nya seharian...
tapi jika berlebihan ia mungkin memudaratkan kesihatannya.

KARBOHIRAT :
karbohirat boleh membantu kucing mendapatkan sumber tenaga yg di perlukan oleh kucing yang mengandung dan yang meyusui. Ia adalah sumber fiber kepada kucing dan kebanyakannya tidak dapat di hadamkan
dan dibuang mlalui najis. Biasanya kucing hanya memerlukan 40% karbohirat didalam diet yg seimbang..

LEMAK :
kucing hanya memerlukan lebih kurang dari 9%  sumber lemak sahaja sebagai sumber tenaganya yg utama..
lemak yang berlebihan akan menyebabkan kucing menjadi gemuk.



Keperluan  sumber zat dan khasiat untuk kucing dewasa dan anak kucing adalah berbeza... Pemakanan serta diet yg seimbang cukup diperlukan oleh kucing..bagi menjaga kesihatan kucing..





Jika kucing berlebihan berat badan atau kegemukkan juga boleh menjejaskan kesihatan nya... selain obesiti..



created&edited by mama
info from pets forum etc...

Mama nak gemukkan ank2 bulus !




Ini BLACKWOOD for kitten yang mama selalu bagi kat anak2 bulus mama... actually ia adalah di antara yg terbaik selain RC ... kitten mama yg nama nya Uteh tu mmg dr dulu lg sgt cerewet bab makan ni..kdg2 bila tak sesuai dgn selera nya dia ta jamah pun mkanan yg mama bg .... takat jeling sebelah mata je... mula2 dulu mmg suspek dia ni sakit ke...termakan apa2 ke... mulut dia ada ulser ke... rupa nya mmg dia memilih mkn... sbb mcm tu la..dulu dia kurus...

mama ada try tanya pada org2 yg lebih arif tentang kucing ni... dorg bg mama suggestion cara nk mgemukkan kitten ni...mama cuba gak but rasanya kurang berkesan akhirnya mama yang cuba sendiri cara mama...

mama dan semua tahu banyak produk makanan kucing dan mudah didapati di pasaran atau petshops... cuma bezanya adalah kualiti dan kandungan makanan itu sesuai atau tidak untuk kucing kita... dulu mama cuba bagi kitten makan makanan kucing dr produk biasa di pasaran masa mula2 dorg nk blajar makan...
di selang 'wetfood' ..dan dorg lebih gemar mkn 'wetfood' dibanding makanan jenis kering/kibbles..sedangkan kebanyakan khasiat serta 5 zat yg diperlukan kucing pada makanan kering/kibbles...di banding 'wetfood' (dr apa yg mama belajar )... so, bila dorg asyik mkn 'wetfood' ,langsung tak sentuh pn mknan kering/kibbles dorg... mmg masa tu mama pening la memikirkan penyelesaian nya...

Akhirnya mama mencari segala produk dn iktihar untuk kitten mama...di internet.. mama mencuba produk Blackwood nie dan RC kitten 36...  memang habis lah .... tapi mungkin modal atau kos untuk membeli mkanan yg terbaik untuk kitten kita mmg memerlukan pengorbanan la... tp apa yang termampu pn kira sudah baik..

Apa lagi skrg mama bagi dorg produk nie,.. and syukur sgt kucing mama makin tembam and comel membulat... Dorg mkn 'wetfood' mcm biasa tp tetap mkn kibbles... so mama tak risau lg kalau dorg tak cukup zat dan khasiat....Najis pn kurang berbau la...

18 Mei 2012

balls for baby

bagi letak je toys ni...kt depan anak2 bulus mama mesti dorg akan sepak2 punya...nanti kita akan nampak la muka dorg yg encem ala2 pemain Cristiano Ronaldo... 

Toys for my baby bulus...

hah... toy ni mmg berguna sgt untuk baby bulus yg aktif dan suka memburu nie,... lumrahnya anak bulus ni mmg suka menerkam sesuatu yg bergerak2 atau yg menarik perhatian dia (bulu2,tali2...malah langsir rumah mama pn jadi mangsa) so toys mcm nie perlu ada untuk mengelakkan baby bulus bosan smpi cari idea nk bermain dgn brg2 rumah kita...

Pet Bed..

nie pet bed yang baby bulus suka titoo kt sini (dan mencakar nya) hehe... harga dalam RM 86.00/85.90 la..
actually memang comfortable sgt untuk baby bulus nie...

Tentang Mama dan anak2 bulus mama.....

Sebenarnya anak2 bulus yg mama syg nie bukan lah anak2 bulus yg dari baka2 berbulu panjang...yang kalau mahu di beli pun harga nya lebih kurang ipad... anak2 bulus mama adalah baka dari kucing2 biasa saje... dan mama jumpa masa tu dorg dalam umur 2bulan masa tuh...  Jumpa pun dekat dalam enjin kereta... buka2 je da ada tiga ekor mahluk comel n comot2 waktu tu kena habuk enjin kereta.... mmg terkejut la mama...waktu tuh baru keluar rumah nak ke kedai....tiba2 tengah driving.... mama dengar bunyi 'meow...meow...' hahaha panik mama... and then mama berhenti jap... check kot2 ade kucing msuk dlm kereta nie... xde lak... mama teruskan perjalanan...smpai la bunyi tu makin kuat... mama berhenti (mula2 boleh terfikir itu bunyi hantu kucing....) hahaha... berhenti kat tepi jalan mama check enjin... jumpa la tiga ekor baby bulus nie yg telah di takdir kan hidup dgn mama... mmg kalau di fikir balik... syukur sgt baby bulus ni selamat... mama bawa blik... bg mandi(siap grooming lg) , makan dan titoo elok2... xboleh dorg bdak2 nie nak lari... ta moe lepas mama nak pelok2 jugak... hehehe

16 Mei 2012

Kisah Kucing dan Islam 2

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aishah RA semangkuk bubur . Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah RA, ternyata Aisyah RA sedang solat . Lalu , ia memberikan isyarat untuk meletaknya . Sayangnya,setelah Aisyah RA selesai menunaikan solat, ia lupa pada buburnya . Datanglah seekor kucing ,lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika dia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah RA lalu membersihkan bahgian yang di sentuh kucing , dan lalu Aisyah RA memakan bubur tersebut..Rasulullah SAW bersabda , " Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.'' Aisyah RA pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [ Hadis Riwayat AL Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al Daruquthni].
Hadis ini di riwayatkan dari Malik, Ahmad dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang ,dimana peluh,bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd Al-Rahman Ibn Sakhr Al-Azdi sebagai ''Abu Hurairah" yang bererti 'Bapa anak-anak kucing' kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing..

Manakala menurut riwayat Hadis Nabi di dalam Sahih Bukhari menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing tersebut di dalam sangkar dan tidak memberikan kucing tersebut makanan dan minuman . Maka wanita itu di hukum oleh Allah S.W.T dengan buruk atas perbuatan wanita itu....


i♥my cats!!!




edited by mama

15 Mei 2012

Kisah kucing dan Islam 1

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, ''Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),'' [Hadis Riwayat At-Tirmidzi,An-Nasa'i,Abu Dawud dan Ibnu Majah]
Di riwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu baginda bersabda,''Ya Anas,tuangkan air wudhuk untuk ku ke dalam bejana.'' Lalu,Anas menuangkan air...Ketika sudah selesai,Nabi menuju ke bejana. Namun ada seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu,Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu baginda berwudhuk. Nabi di tanya mengenai kejadian tersebut,beliau menjawab, ''Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga,ia tidak dikotori sesuatu , bahkan tidak ada najis.''


i♥my cats!!!


to be continue..............................

Kucing dan sejarahnya!

Kucing yang dikenali sebagai kucing jinak (kucing peliharaan) ialah mamalia karnivor kecil dari subspesies Felis Silvestris Catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis Silvestris Lybica 
dan mungkin dijinakkan pada 3,500 tahun dahulu di zaman mesir purba, dimana ia di gunakan untuk menjaga simpanan bijiran daripada tikus.....Hari ini,kucing merupakan salah satu daripada haiwan 
peliharaan yang paling terkenal didunia...



Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Kelas:Mamalia
Order:Karnivor
Famili:[[Felidae]]
Genus:Felis
Spesies:Felis silvestris catus
 i♥mycats 



14 Mei 2012

All story

Huh...sebenarnya mama tak pandai sgt nak tulis2 entry2 nie.. tapi mama buat je la blog ni sekadar untuk hiburan mama dan sesiapa saja.....atau berkongsi minat terhadap 'anak2 bulus' nie... saat mama baru mula2 menulis/mencipta blog ni... mama sedang bercinta dengan tiga ekor 'anak2 bulus' mama yang pada ketika ini baru berusia 4 bulan... nama mereka bertiga ialah Uneng,Uteh dan Gorgoroth... hahaha nak tahu tak kenapa name yg sekor lagi tuh sedikit pelik....? Coz...muka dye 'Violent' sikit...nanti mama masukkan pic dye k...
Yang penting mama sgt sayangkan kucing2 mama n di luar sana...

i♥my cats!!!




Anak2 bulus mama!

Ini akan jadi kalau 'anak2 bulus' nak on9 jugak.........

VAKSIN

Vaksin kucing adalah untuk membantu menguatkan atau menambah baikkan sistem immunisasi kucing dan bermula seawal anak kucing..Vaksin diperlukan dan di galakkan supaya ianya dapat melawan penyakit yang menjangkiti mereka.Anak kucing agak lemah untuk melawan penyakit...dan salah satu simptom penyakit berbahaya di kalangan anak kucing/kucing adalah selsema dan kurang selera makan....

i♥my cats!!!

13 Mei 2012

Ini Blog Mama yang punya Copyright 2012