}
6982f130ae6a195e3a565419c0486606

10 Jun 2012

Kucing dan Kesihatan nya ....

Kunci untuk menjaga kucing agar ia sihat adalah memahami penyakit yang biasa berlaku pada seekor kucing . Langkah pertama , 'mencari  klinik veterinar yang mempunyai doktor haiwan yang di percayai'...

Pilih doktor haiwan :
Memilih doktor haiwan sebagai rakan kongsi dalam penjagaan kesihatan kucing . Jadual vaksin dan pemeriksaan tahunan bermaksud akan berhubung di setiap temujanji atau permasalahan secara tetap .

Spaying & Neuter :
Kucing perlu di spayed atau di mandulkan oleh pemiliknya . Melainkan pemilik kucing merancang untuk mating atau menambak biak baka kucing mereka .  Neuter di lakukan melalui pembedahan untuk memandulkan kucing jantan manakala kucing betina pula Spaying atau ovario hysterectomy di lakukan dengan membuang uterus dan ovaries .  Doktor haiwan menasihati spaying & neuter boleh di lakukan kepada kucing yang berumur sekurang-kurang 6 bulan .

Penyakit yang Biasa Kerap Dialami oleh Kucing :
Terdapat berberapa panduan yang saya tulis dalam entry ini mengenai berberapa penyakit kucing yang
biasa berlaku juga boleh memberi kesan kepada kucing .


Kutu ;
Tanda-tanda serta gejalanya ialah terdapat serangga kecil di kulit dan bulu kucing , kadang-kadang ia melompat mencari darah ,.. Kutu kebiasaannya aktif atau muncul dalam cuaca yang panas . Kutu juga boleh menghantar parasit atau penyakit berjangkit termasuk cacing pita . Kutu berkemungkinan boleh membuat kulit mendapat alahan yang menyebabkan kulit menjadi gatal-gatal ini menjadikan kucing kerap mengaru selain merasa ketidakselesaan .

Pencegahan & Rawatan :
Mengunakan Flea Collars , serbuk/bedak dan cecair mandian boleh di dapati di kedai haiwan atau di klinik veterinar . Rawatan pencegahan bulanan yang doktor haiwan sediakan atau treatment yang mengandungi IGRs ( insect growth regulators)  yang menganggu kitaran hidup kutu . Telur kutu memang susah untuk di lihat atau di bunuh , telur kutu akan menetas setiap 21 hari ..rawatan berulangkali perlu untuk menjadikan kucing bersih dari kutu .

Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)   :
Penyakit yang berpotensi membawa maut serta keradangan yang menyakitkan pada saluran kencing disebabkan pelbagai perkara termasuk virus , bakteria , diet , kurang minum air serta lain-lain lagi ,.
Tanda-tanda seperti darah di dalam air kencing , sukar atau kerap membuang air selalunya hanya sedikit saja , kekurangan tenaga serta selera makan tiada .

Mengekalkan Kesihatan Saluran Kencing
Mengekalkan tahap keasidan yang betul dan tahap magnesium melalui diet yang seimbang yang membantu mengalakkan sistem saluran kencing kucing sihat .
Segera berjumpa doktor sekiranya terdapat sebarang perubahan atau gejala-gejala pada kucing .

Tumbuhan Rumah Berbahaya untuk Kucing

Apakah Tumbuhan Tanaman Rumah Yang Berbahaya kepada Kucing ?
 Kucing sering mengigit, mencium serta mengunyah tumbuh-tumbuhan sekelilingnya sama ada rumput , pokok bunga atau tumbuhan liar dan sesetengah tumbuhan boleh bersifat toxic kepada kucing . Elakkan dari menanam tumbuhan/pokok ini di kawasan rumah jika mempunyai kucing sebab ianya mungkin berbahaya pada kucing  ;

Ivy
Philodendron
Dieffenbachia
Easter Lily
Keladi
Oleander
Azalea
Rhododendron
Ceri biasa atau Laurel
Mistletoe

 sy akan memperjelaskan sedikit sebanyak tentang entry ni nanti  ...........

Pengurusan Kucing Baru ke Rumah

Mengalu-alukan kehadiran kucing baru ke rumah memerlukan kesabaran dan persediaan serta perhatian yang lebih . Dengan persediaan barang-barang yang di perlukan serta berberapa tips
dapat melancarkan proses penyesuaian kucing dengan keadaan rumah dan pengenalan ia dengan haiwan peliharaan yang lain ...

 (berikut adalah barang2 yang perlu di sediakan bagi permulaan yang baru untuk kucing tersebut )

Tempat tidur atau cats bed/cats cushion  ; bagi mengelakkan ia tidur di merata tempat seperti celahan almari/perabot . Banyak rekaan serta boleh didapati di kedai haiwan peliharaan seperti cats and dogs petshop/petstore . Letakkan di tempat yang selesa dan tenang bagi nya .

Bekas makanan atau  feeders  ; Setiap haiwan kesayangan mesti mempunyai bekas makanan dan air sendiri . Feeders yang boleh didapati di kedai haiwan memang direka khas buat kucing , cetek dan luas berasaskan logam atau bekas seramik . Sediakan bekas makanan atau feeders berhampiran kucing tersebut bagi memudahkan baginya .

Dapatkan pelbagai barang mainan yang diperbuat dari bahan-bahan selamat serta menghiburkan . Jika ia anak kucing , anak kucing adalah peringkat umur dimana ia mula belajar untuk mengejar , mencakar , mengigit dan melompat dalam permainan nya . Elakkan mainan yang tajam atau mudah di telan oleh anak kucing . Mainan yang lembut dan melantun seperti bola juga selamat untuk nya . Cats tree adalah mainan yang pasti di gemari oleh anak kucing , mempunyai tali dengan bola tergantung yang selamat .

Kerinduan ; Apabila kucing yang berpindah ke rumah baru dan mendapat keluarga baru . Mungkin di awalnya dia merindui keluarganya . Dia akan bangun dan 'meow' pada waktu malam . Cuba memeluk dan berbual serta menhiburnya dengan lembut dan mengusapnya perlahan2 bagi menenangkannya ... Jika tidak mampu menenangkan nya , cuba meletakkan jam yang berdetik di tempat tidurnya bagi mengingatkan nya denyutan jantung ibunya .

Memudahkan Penyesuaian ;  Memperkenalkan ia dengan suasana serta keadaan rumah dan kucing-kucing lain secara beransur-ansur mengikut berberapa panduan di sini ,

Untuk hari pertama atau kedua , meletakkan kucing tersebut di satu bilik yang di sediakan litter box, 
makanan dan air . Biarkan ia selesa di bilik ini sebelum memperkenalkan nya ke seluruh rumah . Selepas dia sudah mulai selesa dan tenang dengan keadaan baru , biarkan ia berlegar-legar meneroka di seluruh rumah baru nya .


Kucing-kucing Yang Lain  ;
  Sebelum membiarkan kucing baru menyesuaikan dirinya berhampiran kucing-kucing lain,
pentingnya memastikan kucing yang baru dan kucing-kucing yang lain bebas dari penyakit dan telah diberi vaksin oleh veterinar juga . Bagi menghindari penyakit berjangkit . Kucing yang tua mungkin memberi reaksi kurang baik memandangkan ianya merasakan dia terpaksa berkongsi makanan dan tempat tinggal dengan kucing baru . Situasi ini mengambil masa sebulan atau lebih untuk mulai menerima kehadiran kucing baru atau ahli baru .  Cuba ikuti langkah-langkah ini  ,

Step 1 : Pada tempoh itu , meluangkan sedikit masa kepada kucing rumah bagi meminimumkan  kebimbangan dan melegakan ketegangan nya . Menghalang dia ke bahagian-bahagian rumah tertentu , manakala kucing yang baru di biarkan berjalan untuk meneroka kawasan rumah dan apabila anak kucing baru mulai selesa , biarkan dia kucing-kucing yang lain saling melihat satu sama lain .

Step 2  : Membiarkan saja mereka bersemuka , 'stay' di bilik semasa mereka mula berkenalan . Biarkan mereka saling menghidu kawasan/sekeliling dan menghidu antara satu sama lain . Pastikan ada jalan keluar atau kawasan terbuka dimana salah seekor akan keluar atau tinggalkan tempat itu ... Akan berlaku pergaduhan kecil bermula desiran dan mengembangkan ekor .


Lindungi Semua Kucing ; Simpan semua ubat-ubatan dan agen racun perosak atau agen pembersih di dalam laci atau almari yang telah di tutup rapat/ di kunci . Menutup pintu bilik mandi atau tandas . Barang-barang yang berselerak perlu di jauhkan dari kucing ataupun anak kucing . Menutup tingkap dan jangan di biar terbuka , kucing boleh melompat keluar tingkap yang terbuka atau berjalan tepian tingkap . Pastikan peralatan dapur dan perkakasan tertutup dan terkunci .




update entry
Ini Blog Mama yang punya Copyright 2012