}
6982f130ae6a195e3a565419c0486606

16 Mei 2012

Kisah Kucing dan Islam 2

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aishah RA semangkuk bubur . Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah RA, ternyata Aisyah RA sedang solat . Lalu , ia memberikan isyarat untuk meletaknya . Sayangnya,setelah Aisyah RA selesai menunaikan solat, ia lupa pada buburnya . Datanglah seekor kucing ,lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika dia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah RA lalu membersihkan bahgian yang di sentuh kucing , dan lalu Aisyah RA memakan bubur tersebut..Rasulullah SAW bersabda , " Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.'' Aisyah RA pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [ Hadis Riwayat AL Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al Daruquthni].
Hadis ini di riwayatkan dari Malik, Ahmad dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang ,dimana peluh,bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd Al-Rahman Ibn Sakhr Al-Azdi sebagai ''Abu Hurairah" yang bererti 'Bapa anak-anak kucing' kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing..

Manakala menurut riwayat Hadis Nabi di dalam Sahih Bukhari menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing tersebut di dalam sangkar dan tidak memberikan kucing tersebut makanan dan minuman . Maka wanita itu di hukum oleh Allah S.W.T dengan buruk atas perbuatan wanita itu....


i♥my cats!!!




edited by mama

15 Mei 2012

Kisah kucing dan Islam 1

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, ''Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),'' [Hadis Riwayat At-Tirmidzi,An-Nasa'i,Abu Dawud dan Ibnu Majah]
Di riwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu baginda bersabda,''Ya Anas,tuangkan air wudhuk untuk ku ke dalam bejana.'' Lalu,Anas menuangkan air...Ketika sudah selesai,Nabi menuju ke bejana. Namun ada seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu,Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu baginda berwudhuk. Nabi di tanya mengenai kejadian tersebut,beliau menjawab, ''Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga,ia tidak dikotori sesuatu , bahkan tidak ada najis.''


i♥my cats!!!


to be continue..............................

Kucing dan sejarahnya!

Kucing yang dikenali sebagai kucing jinak (kucing peliharaan) ialah mamalia karnivor kecil dari subspesies Felis Silvestris Catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis Silvestris Lybica 
dan mungkin dijinakkan pada 3,500 tahun dahulu di zaman mesir purba, dimana ia di gunakan untuk menjaga simpanan bijiran daripada tikus.....Hari ini,kucing merupakan salah satu daripada haiwan 
peliharaan yang paling terkenal didunia...



Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Kelas:Mamalia
Order:Karnivor
Famili:[[Felidae]]
Genus:Felis
Spesies:Felis silvestris catus
 i♥mycats 



14 Mei 2012

All story

Huh...sebenarnya mama tak pandai sgt nak tulis2 entry2 nie.. tapi mama buat je la blog ni sekadar untuk hiburan mama dan sesiapa saja.....atau berkongsi minat terhadap 'anak2 bulus' nie... saat mama baru mula2 menulis/mencipta blog ni... mama sedang bercinta dengan tiga ekor 'anak2 bulus' mama yang pada ketika ini baru berusia 4 bulan... nama mereka bertiga ialah Uneng,Uteh dan Gorgoroth... hahaha nak tahu tak kenapa name yg sekor lagi tuh sedikit pelik....? Coz...muka dye 'Violent' sikit...nanti mama masukkan pic dye k...
Yang penting mama sgt sayangkan kucing2 mama n di luar sana...

i♥my cats!!!




Anak2 bulus mama!

Ini akan jadi kalau 'anak2 bulus' nak on9 jugak.........

VAKSIN

Vaksin kucing adalah untuk membantu menguatkan atau menambah baikkan sistem immunisasi kucing dan bermula seawal anak kucing..Vaksin diperlukan dan di galakkan supaya ianya dapat melawan penyakit yang menjangkiti mereka.Anak kucing agak lemah untuk melawan penyakit...dan salah satu simptom penyakit berbahaya di kalangan anak kucing/kucing adalah selsema dan kurang selera makan....

i♥my cats!!!

13 Mei 2012

Ini Blog Mama yang punya Copyright 2012