}
6982f130ae6a195e3a565419c0486606

10 Jun 2012

Kucing dan Kesihatan nya ....

Kunci untuk menjaga kucing agar ia sihat adalah memahami penyakit yang biasa berlaku pada seekor kucing . Langkah pertama , 'mencari  klinik veterinar yang mempunyai doktor haiwan yang di percayai'...

Pilih doktor haiwan :
Memilih doktor haiwan sebagai rakan kongsi dalam penjagaan kesihatan kucing . Jadual vaksin dan pemeriksaan tahunan bermaksud akan berhubung di setiap temujanji atau permasalahan secara tetap .

Spaying & Neuter :
Kucing perlu di spayed atau di mandulkan oleh pemiliknya . Melainkan pemilik kucing merancang untuk mating atau menambak biak baka kucing mereka .  Neuter di lakukan melalui pembedahan untuk memandulkan kucing jantan manakala kucing betina pula Spaying atau ovario hysterectomy di lakukan dengan membuang uterus dan ovaries .  Doktor haiwan menasihati spaying & neuter boleh di lakukan kepada kucing yang berumur sekurang-kurang 6 bulan .

Penyakit yang Biasa Kerap Dialami oleh Kucing :
Terdapat berberapa panduan yang saya tulis dalam entry ini mengenai berberapa penyakit kucing yang
biasa berlaku juga boleh memberi kesan kepada kucing .


Kutu ;
Tanda-tanda serta gejalanya ialah terdapat serangga kecil di kulit dan bulu kucing , kadang-kadang ia melompat mencari darah ,.. Kutu kebiasaannya aktif atau muncul dalam cuaca yang panas . Kutu juga boleh menghantar parasit atau penyakit berjangkit termasuk cacing pita . Kutu berkemungkinan boleh membuat kulit mendapat alahan yang menyebabkan kulit menjadi gatal-gatal ini menjadikan kucing kerap mengaru selain merasa ketidakselesaan .

Pencegahan & Rawatan :
Mengunakan Flea Collars , serbuk/bedak dan cecair mandian boleh di dapati di kedai haiwan atau di klinik veterinar . Rawatan pencegahan bulanan yang doktor haiwan sediakan atau treatment yang mengandungi IGRs ( insect growth regulators)  yang menganggu kitaran hidup kutu . Telur kutu memang susah untuk di lihat atau di bunuh , telur kutu akan menetas setiap 21 hari ..rawatan berulangkali perlu untuk menjadikan kucing bersih dari kutu .

Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)   :
Penyakit yang berpotensi membawa maut serta keradangan yang menyakitkan pada saluran kencing disebabkan pelbagai perkara termasuk virus , bakteria , diet , kurang minum air serta lain-lain lagi ,.
Tanda-tanda seperti darah di dalam air kencing , sukar atau kerap membuang air selalunya hanya sedikit saja , kekurangan tenaga serta selera makan tiada .

Mengekalkan Kesihatan Saluran Kencing
Mengekalkan tahap keasidan yang betul dan tahap magnesium melalui diet yang seimbang yang membantu mengalakkan sistem saluran kencing kucing sihat .
Segera berjumpa doktor sekiranya terdapat sebarang perubahan atau gejala-gejala pada kucing .

Tiada ulasan:

Ini Blog Mama yang punya Copyright 2012