Salam sejahtera ,
mama tak dapat nak tulis artikel&post sebelum nie di sebab kn lappy mama kena 'hackers' huhu...bengang betul la...hehehe
baru2 nie , anak bulus mama yg nama nye Chuneng mengalami demam ... waktu tu mama tak sempat nak bawa dye ke vet yg terdekat ... sbb tengah malam dah... so mama pun try cari alternatif yg lain untuk melegakan demam anak bulus kesayangan mama ni... mama try bagi dye minum 'glucose' ... panas demam dye akan reda bila dye kerap membuang air kecil...Alhamdulillah , esok harinya demam dye beransur reda.....
Baru2 nie pun, mama bawa Chuteh ke Ecovet di Setia Alam ... 1st time ke Ecovet...sejak baru pindah... mata Chuteh cedera sikit .. 1st time ke Ecovet ... doktor yang ada kat vet pun,caring sgt dan bagus... hmmm pasni mmg nak hantar yang lain2 pergi vaksin sini la... dekat dan ok... <3 <3 <3
wasallam dr <3 mama <3
6982f130ae6a195e3a565419c0486606
BLOG Mama _ Cerita Anak Bulus
SHARING...CARING...LOVING I <3 my cats! personal blog for cats lover ...
02 Julai 2012
10 Jun 2012
Kucing dan Kesihatan nya ....
Kunci untuk menjaga kucing agar ia sihat adalah memahami penyakit yang biasa berlaku pada seekor kucing . Langkah pertama , 'mencari klinik veterinar yang mempunyai doktor haiwan yang di percayai'...
Pilih doktor haiwan :
Memilih doktor haiwan sebagai rakan kongsi dalam penjagaan kesihatan kucing . Jadual vaksin dan pemeriksaan tahunan bermaksud akan berhubung di setiap temujanji atau permasalahan secara tetap .
Spaying & Neuter :
Kucing perlu di spayed atau di mandulkan oleh pemiliknya . Melainkan pemilik kucing merancang untuk mating atau menambak biak baka kucing mereka . Neuter di lakukan melalui pembedahan untuk memandulkan kucing jantan manakala kucing betina pula Spaying atau ovario hysterectomy di lakukan dengan membuang uterus dan ovaries . Doktor haiwan menasihati spaying & neuter boleh di lakukan kepada kucing yang berumur sekurang-kurang 6 bulan .
Penyakit yang Biasa Kerap Dialami oleh Kucing :
Terdapat berberapa panduan yang saya tulis dalam entry ini mengenai berberapa penyakit kucing yang
biasa berlaku juga boleh memberi kesan kepada kucing .
Kutu ;
Tanda-tanda serta gejalanya ialah terdapat serangga kecil di kulit dan bulu kucing , kadang-kadang ia melompat mencari darah ,.. Kutu kebiasaannya aktif atau muncul dalam cuaca yang panas . Kutu juga boleh menghantar parasit atau penyakit berjangkit termasuk cacing pita . Kutu berkemungkinan boleh membuat kulit mendapat alahan yang menyebabkan kulit menjadi gatal-gatal ini menjadikan kucing kerap mengaru selain merasa ketidakselesaan .
Pencegahan & Rawatan :
Mengunakan Flea Collars , serbuk/bedak dan cecair mandian boleh di dapati di kedai haiwan atau di klinik veterinar . Rawatan pencegahan bulanan yang doktor haiwan sediakan atau treatment yang mengandungi IGRs ( insect growth regulators) yang menganggu kitaran hidup kutu . Telur kutu memang susah untuk di lihat atau di bunuh , telur kutu akan menetas setiap 21 hari ..rawatan berulangkali perlu untuk menjadikan kucing bersih dari kutu .
Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD) :
Penyakit yang berpotensi membawa maut serta keradangan yang menyakitkan pada saluran kencing disebabkan pelbagai perkara termasuk virus , bakteria , diet , kurang minum air serta lain-lain lagi ,.
Tanda-tanda seperti darah di dalam air kencing , sukar atau kerap membuang air selalunya hanya sedikit saja , kekurangan tenaga serta selera makan tiada .
Mengekalkan Kesihatan Saluran Kencing
Mengekalkan tahap keasidan yang betul dan tahap magnesium melalui diet yang seimbang yang membantu mengalakkan sistem saluran kencing kucing sihat .
Segera berjumpa doktor sekiranya terdapat sebarang perubahan atau gejala-gejala pada kucing .

Tumbuhan Rumah Berbahaya untuk Kucing
Apakah Tumbuhan Tanaman Rumah Yang Berbahaya kepada Kucing ?
Kucing sering mengigit, mencium serta mengunyah tumbuh-tumbuhan sekelilingnya sama ada rumput , pokok bunga atau tumbuhan liar dan sesetengah tumbuhan boleh bersifat toxic kepada kucing . Elakkan dari menanam tumbuhan/pokok ini di kawasan rumah jika mempunyai kucing sebab ianya mungkin berbahaya pada kucing ;
Ivy
Philodendron
Dieffenbachia
Easter Lily
Keladi
Oleander
Azalea
Rhododendron
Ceri biasa atau Laurel
Mistletoe
sy akan memperjelaskan sedikit sebanyak tentang entry ni nanti ...........

Pengurusan Kucing Baru ke Rumah
Mengalu-alukan kehadiran kucing baru ke rumah memerlukan kesabaran dan persediaan serta perhatian yang lebih . Dengan persediaan barang-barang yang di perlukan serta berberapa tips
dapat melancarkan proses penyesuaian kucing dengan keadaan rumah dan pengenalan ia dengan haiwan peliharaan yang lain ...
(berikut adalah barang2 yang perlu di sediakan bagi permulaan yang baru untuk kucing tersebut )
Tempat tidur atau cats bed/cats cushion ; bagi mengelakkan ia tidur di merata tempat seperti celahan almari/perabot . Banyak rekaan serta boleh didapati di kedai haiwan peliharaan seperti cats and dogs petshop/petstore . Letakkan di tempat yang selesa dan tenang bagi nya .
Bekas makanan atau feeders ; Setiap haiwan kesayangan mesti mempunyai bekas makanan dan air sendiri . Feeders yang boleh didapati di kedai haiwan memang direka khas buat kucing , cetek dan luas berasaskan logam atau bekas seramik . Sediakan bekas makanan atau feeders berhampiran kucing tersebut bagi memudahkan baginya .
Dapatkan pelbagai barang mainan yang diperbuat dari bahan-bahan selamat serta menghiburkan . Jika ia anak kucing , anak kucing adalah peringkat umur dimana ia mula belajar untuk mengejar , mencakar , mengigit dan melompat dalam permainan nya . Elakkan mainan yang tajam atau mudah di telan oleh anak kucing . Mainan yang lembut dan melantun seperti bola juga selamat untuk nya . Cats tree adalah mainan yang pasti di gemari oleh anak kucing , mempunyai tali dengan bola tergantung yang selamat .
Kerinduan ; Apabila kucing yang berpindah ke rumah baru dan mendapat keluarga baru . Mungkin di awalnya dia merindui keluarganya . Dia akan bangun dan 'meow' pada waktu malam . Cuba memeluk dan berbual serta menhiburnya dengan lembut dan mengusapnya perlahan2 bagi menenangkannya ... Jika tidak mampu menenangkan nya , cuba meletakkan jam yang berdetik di tempat tidurnya bagi mengingatkan nya denyutan jantung ibunya .
Memudahkan Penyesuaian ; Memperkenalkan ia dengan suasana serta keadaan rumah dan kucing-kucing lain secara beransur-ansur mengikut berberapa panduan di sini ,
Untuk hari pertama atau kedua , meletakkan kucing tersebut di satu bilik yang di sediakan litter box,
makanan dan air . Biarkan ia selesa di bilik ini sebelum memperkenalkan nya ke seluruh rumah . Selepas dia sudah mulai selesa dan tenang dengan keadaan baru , biarkan ia berlegar-legar meneroka di seluruh rumah baru nya .
Kucing-kucing Yang Lain ;
Sebelum membiarkan kucing baru menyesuaikan dirinya berhampiran kucing-kucing lain,
pentingnya memastikan kucing yang baru dan kucing-kucing yang lain bebas dari penyakit dan telah diberi vaksin oleh veterinar juga . Bagi menghindari penyakit berjangkit . Kucing yang tua mungkin memberi reaksi kurang baik memandangkan ianya merasakan dia terpaksa berkongsi makanan dan tempat tinggal dengan kucing baru . Situasi ini mengambil masa sebulan atau lebih untuk mulai menerima kehadiran kucing baru atau ahli baru . Cuba ikuti langkah-langkah ini ,
Step 1 : Pada tempoh itu , meluangkan sedikit masa kepada kucing rumah bagi meminimumkan kebimbangan dan melegakan ketegangan nya . Menghalang dia ke bahagian-bahagian rumah tertentu , manakala kucing yang baru di biarkan berjalan untuk meneroka kawasan rumah dan apabila anak kucing baru mulai selesa , biarkan dia kucing-kucing yang lain saling melihat satu sama lain .
Step 2 : Membiarkan saja mereka bersemuka , 'stay' di bilik semasa mereka mula berkenalan . Biarkan mereka saling menghidu kawasan/sekeliling dan menghidu antara satu sama lain . Pastikan ada jalan keluar atau kawasan terbuka dimana salah seekor akan keluar atau tinggalkan tempat itu ... Akan berlaku pergaduhan kecil bermula desiran dan mengembangkan ekor .
Lindungi Semua Kucing ; Simpan semua ubat-ubatan dan agen racun perosak atau agen pembersih di dalam laci atau almari yang telah di tutup rapat/ di kunci . Menutup pintu bilik mandi atau tandas . Barang-barang yang berselerak perlu di jauhkan dari kucing ataupun anak kucing . Menutup tingkap dan jangan di biar terbuka , kucing boleh melompat keluar tingkap yang terbuka atau berjalan tepian tingkap . Pastikan peralatan dapur dan perkakasan tertutup dan terkunci .
update entry

06 Jun 2012
Panduan Penjagaan Kesihatan Kucing
Sesiapapun mahukan kesihatan yang baik , begitu juga dengan kucing .. Selain tempat tinggal serta makan dan minum , kesihatan yang baik juga amat di perlukan oleh kucing dan yang amat di mahukan oleh pemilik kucing ... Ada berberapa panduan penjagaan kucing yang turut mempegaruhi kesihatan kucing mungkin dapat membantu untuk menjaga kesihatan kucing .
Pastikan kucing mendapat vaksin yang diperlukan/sesuai untuk kucing mengikut umur/nasihat vet .. Jangan berikan apa yang tidak diperlukan nya seperti vaksin leukimia kucing untuk kucing berumur dua tahun keatas
jika berumur bawah dua tahun . Tapi veterinar yang ada sekarang adalah yang terbaik kerana sudah pasti mereka akan memberikan khidmat rundingan/consultant mengenai kucing . Kegagalan memberikan vaksin pada kucing serta memberikan vaksin berlebihan tanpa mengikut saranan vet kesannya adalah sama buruk ..Anak kucing juga memerlukan vaksin oleh kerana imunnya yang masih tidak kuat .
Kucing yang dibiarkan bebas diluar rumah/kawasan , pastikan ia sudah diberikan dewormed secara rutin setiap 3-4 bulan .. Ini bukan saja melindungi kucing , malah pemilik kucing dari zoonatic disease .
Pastikan sumber air yang diberikan kepada kucing adalah bersih . Menukar air minuman kucing dan memastikan air tidak kotor/berhabuk di dalam bekas minuman . Kucing yang kurang minum air juga boleh mengalami gangguan kencing . Untuk memastikan kucing sentiasa minum air secukupnya , letakkan bekas atau tempat minuman bersebelahan/berhampiran bekas atau tempat makanan . Letak di tempat yang mudah dilihat . Kucing mungkin tidak dapat mencari/mengesan air seperti mencari makanan , kerana air tidak dapat di hidu . Ia akan minum bila di depan mata/senang di jumpa atau tersentuh .. kadang2 ia minum apa saja air yang ada contohnya air paip, menjilat lantai yang basah ,air tertumpah dan lain2 yang kotor dan membahayakan kucing . Melainkan kucing yang di letakkan dalam cage , air&makanan tersedia dalam cage tersebut .
Kebersihan gigi kucing juga perlu diberi perhatian sekali sekala . Periksa gigi dan kawasan gusi mulut kucing untuk memastikan tiada luka . Jika kucing mula kurang makan , walaupun ia menghidu2 makanan tersebut namun hanya menjamah sedikit atau langsung tidak , mungkin kawasan mulutnya terdapat luka atau tanda2 pada penyakit yang lain . Terus ke veterinar untuk di periksa . Bagi menjaga gigi kucing serta mulut tidak berbau , berikan dryfoood yang boleh membersihkan gigi & mulut berbau . Terlalu kerap memberikan wetfood/makanan yang di sediakan sendiri juga akan membuatkan mulut kucing berbau . Periodontal disease boleh membawa kepada penyakit jantung dan buah pinggang .
Hairball terhasil dari proses membersihkan/menjilat bulu secara rutin seekor kucing . Hairball yang di telan akan keluar bersama najis kucing ( Kalau diperhatikan kucing suka makan rumput dan selepas itu kucing akan muntahkan semula , rumput di katakan ubat pada kucing .. kerana terdapat hairball pada muntah kucing..) Jika kucing kerap menjilat bulu , ia mungkin menghasilkan hairballs yang banyak yang mungkin menyumbat saluran pencernaan kucing . Sering memandikan kucing , membersihkan bulu atau jika kucing mengalami masalah bulu gugur , dapatkan rawatan . Bahaya untuk kita jika kita kerap mencium/memeluk kucing yang bulunya mudah gugur kerana bulu kucing mudah masuk melalui mulut serta hidung ketika kita mencium/memeluk kucing ...
Jangan membiarkan kucing mempunyai lemak yang berlebihan . Jangan dekatkan kucing kepada risiko kencing manis dan obesiti hanya kerana kita mahu kucing lebih gemuk dan comel . Mengawal keseimbangan diet pemakanan seharian kucing adalah penting untuk memastikan kucing sihat .
Sediakan alat permainan khas untuk kucing yang mudah di dapati petshop . Ini bagi mengekalkan kucing yang aktif dan juga satu cara senaman buat kucing .. Melihat gelagat kucing yang sedang aktif bermain,mengejar atau mengigit , mampu mencipta 'mood' gembira dan ketawa .. kucing adalah haiwan peliharaan yang dapat hilangkan stress,penat atau marah ...
Inginkan info-info atau maklumat tentang / penjagaan kucing ..? Cubalah join forum-forum berkenaan haiwan peliharaan untuk bertanya ataupun sekadar berkongsi cerita .
Jangan membiarkan kucing pergi atau bermain jauh dari kawasan rumah , yang mungkin kucing terdedah kepada bahaya di luar sana .. anjing ataupun kenderaan .
Kucing kencing atau membuang sesuka hati ? Jika telah menyediakan litter box untuk kucing tapi kucing kencing atau membuang merata tempat ...Mungkin perlukan kekerapan untuk membasuh/menganti litterbox kerana kucing memerlukan keselesaan dan privacy ketika di toilet nya . So kalau kotor , kucing akan cari port/tempat lebih selesa untuk masa2 privacy nya
Berikan sekurang-kurangnya 15minit untuk saat bersama kucing setiap hari....untuk mengekalkan kemesraan .
Membuat veterinar check up untuk kucing .

28 Mei 2012
Heartworm
Cacing jantung (heartworm) atau dikenali dirofilaria immitis merupakan penyakit yang serius bagi kucing dan anjing yang juga membawa maut jika ianya tidak dirawat... Cacing yang di sebar melalui vektor nyamuk Anopheles , tinggal di dalam arteri pulmonari menyebabkan kerosakan pada jantung dan paru-paru....
27 Mei 2012
_Selsema kucing_
Kucing sangat mudah terkena selsema...terutama pada anak kucing dan kucing yang belum menerima vaksin..malah selsema pada kucing ini juga sebenarnya mudah sekali berjangkit kepada kucing2 yang lain.. Penyakit ini jarang menyebabkan kematian kepada kucing2 dewasa tetapi sebaliknya jika ia berlaku pada anak kucing...kerana anak kucing mempunyai imun yang masih lemah... gejala seperti kerap bersin dan hidung berair dapat di lihat pada kucing yang terkena selsema...selain tahi mata yang berlebihan dituruti demam .. kadang2 kucing yang mempunyai selsema kucing ini mempunyai gejala biasa seperti kerap bersin /batuk... dan gejala itu berlarutan ..jangan biarkan ia terlalu lama untuk di bawa ke veterinar .
Selsema kucing merupakan penyakit kucing yang di sebabkan oleh virus feline herpesvirus , calicivirus , felin chlamydiosis , feline mycoplasma dan bakteria bordetella ... virus tersebut tidak menjangkiti manusia .
Seperti juga selsema pada manusia , ia berjangkit melalui air liur , cecair bersin dr kucing yang di jangkiti virus ini dan juga melalui bekas makanan & minuman yang tidak bersih ..Penyakit ini sememangnya boleh di elakkan dengan menjaga kebersihan kucing dan tempat tidur,makan dan minum nya sentiasa bersih .. serta di cegah dari cara mengasingkan sementara kucing2 yang telah di jangkiti virus ini atau kucing yg selsema daripada kucing2 yang lain agar ia tidak merebak/bejangkit pada kucing yg sihat..
Penyakit ini juga boleh di elak dengan memastikan kucing diberikan vaksin .
kucing yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini adalah kucing yang sering berada di luar rumah , malah tempat2 khas untuk kucing seperti boarding juga mempunyai risiko untuk kucing mendapat jangkitan.
Tetapi jika kucing mengalami stress juga boleh selsema . Stress contohnya selepas pembedahan/rawatan yg menganggu ketenangan nya , baru berpindah ke tempat baru atau stress bila terdapat kucing lain di rumah..
Memang pada awalnya kucing yang mempunyai selsema ini tidak lah teruk atau memberi kesan yang berbahaya tetapi jika ia melarat/kronik kucing perlu di bawa ke veterinar...
Kucing yang mempunyai selsema teruk atau kronik selalunya mempunyai tanda2 seperti kurang selera makan ini kerana kucing yang sedang mengalami kesakitan/penyakit selalunya terganggu hingga selera makan nya kurang...
Tanda seperti bernafas dengan mulut terbuka...di sebabkan saluran pernafasan kucing dari hidung telah tersumbat sepenuhnya...
Demam/suhu badan kucing panas . (suhu normal bagi kucing ialah 38.5 - 39.2 celcius )
Oleh itu kucing perlu mendapatkan vaksin dan jika dijangkiti kucing perlu mendapat rawatan di veterinar...